Bab 8 : Jenis ayat
Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis yang tertentu berdasarkan intonasi ayat itu. Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya , ayat-ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang-orang. Ayat ini diujarkan dengan maksud membuat penyataan, justeru ayat ini biasanya diujarkan dengan intonasi yang sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan prediket. Subjek ialah unsur yang hadir pada bahagian awal ayat atau bahagian yang diterangkan. Prediket pula ialah unsur yang hadir selepas subjek atau bahagian yang menerangkan subjek. Struktur bentuk ayat penyata boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk.Contoh :
a) Mesyuarat itu berjalan lancar
b) Mereka mengadakan majlis pelancaran dan penutupan.
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan untuk menyanyakan seseorang, sesuatu perkara atau benda. Intonasi ayat tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada akhirnya, iaitu nada menarik. Namun demikian, dalam ujaran sebenar ada penutur yang menggunakan intonasi bentuk ayat penyata bagi tujuan untuk menyanyakan soalan atau mendapatkan respons daripada pendengar. Dalam bahasa tulisan, ayat tanya digambarkan melalui penggunaan tanda tanya pada akhir ayat. Contoh
a) Semua pelajar ada di dalam kelas?
b) Ada anak emas di dalam kelas ini?
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini diujarkan dengan tujuan umtuk menmbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan esngkau yang biasanya digugurkan. Ayat perintah terdiri daripada ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta seperti contoh yang berikut :
a) Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.
b) Sila ke pentas utama.
Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya. Gambarannya perasaan penutur dapat dilihat dengan berdasarkan kenis kata seru yang digunakan. Ayat seruan menggunakan kata seru yang khusus bagi menzahirkan perasaan seperti wah, amboi, ah, eh, aduh, cis, oh, wahai dan sebagainya. Kata seru ini dapat berdiri daripada ssusuna kata seru dan ayat keterangan untuk memperlihatkan perasaan yang dimaksudkan. Biasanya ayat seruan mempunyai intonasi naik atau turun pada akhir ayat bergantung pada ragam perasaan yag hendak ditunjukkan. Dalam bahasa tulisan, ayat seruan dapat dikenal pasti melalui penggunaan tanda seru pada akhir ayat. Contoh :
a) Aduh, sakitnya tanganku!
b) Amboi, cantiknya baju baru kamu!
Comments
Post a Comment