Bab 6 : SINTAKSIS
Peneletian terhadap korpus sesuatu bahasa tidak lengkap jika tidak meneliti sintaksis. Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayata dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntactic Structure yang akhirnya melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generatif oleh Frank Parker (1994)
Frasa Nama
Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti juga disebut unsur utama, iaitu unsur yang wajib ada bagi membentuk sesuatu jenis frasa. Unsur inti frasa nama boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah umsur inti tersebut.
contoh : 1) Abang menuntut di universiti
2) Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti.
Frasa Kerja
Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai prediket dalam susunan ayat. Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya.
contohnya : 1) Adik tidur lena dalam buaian.
2) Budak-budak itu bergaduh sesama sendiri.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai prediket dalam susunan ayat. Dalam susunan songsang pula, prediket frasa adjektif boleh dikedepankan seperti dalam contoh ayat berikut
contohnya : 1) Bijak sungguh murid itu.
2) Bersih sekali keretanya.
3) Sampai kukuh meja kayu itu.
Frasa sendi nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikuti oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya dihadapan frasa nama. Contohnya, dari, daripada,, ke, kepada, pada, untuk, oleh, dan sebagainya. Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama menduduki bahagian prediket ayat.
contohnya : 1) Bijak sungguh murid itu.
2) Bersih sekali keretanya.
3) Sampai kukuh meja kayu itu.
Frasa sendi nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikuti oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya dihadapan frasa nama. Contohnya, dari, daripada,, ke, kepada, pada, untuk, oleh, dan sebagainya. Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama menduduki bahagian prediket ayat.
Comments
Post a Comment