Bab 12 : Laras Bahasa
Definisi
- Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
- Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.
- Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.
Mengapa laras bahasa digunakan?
CIRI-CIRI KEPERIHALAN
- Situasi luaran
- Situasi persekitaran
CIRI-CIRI LINGUISTIK
- Aspek bunyi
- Aspek perkataan
- Aspek ayat
Situasi Luaran
a) Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat.
b) Struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.
Situasi Persekitaran
a) cara penyampaian
b) perhubungan sosial dan peribadi
c) bahan
d) fungsi sosial
Ciri-ciri Linguistik
- Aspek bunyi
- Aspek perkataan
- Aspek ayat
Jenis-jenis Laras Bahasa
- Laras bahasa biasa
- Laras bahasa iklan
- Laras bahasa sains
- Laras bahasa media massa
- Laras bahasa rencana
- Laras bahasa undang-undang
- Laras bahasa agama
- Laras bahasa sukan
- Laras bahasa sastera
- Laras bahasa ekonomi
- Laras bahasa akademik
Laras Bahasa Biasa
- Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu.
-Penggunaan dalam perbualan harian
-Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat
- Kata pinjaman tidak banyak digunakan
- Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
Laras Bahasa Iklan
- Untuk menyampaikan maklumat berkesan
- Ayat ringkas fakta yang jelas amat dipentingkan
- Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif
- Guna penyataan tertentu
- Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan seiap pembelian minyak Zaitun
Laras Bahasa Sains
- Istilah sains dan teknikal adalah banyak
- Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta
- Ada istilah pinjaman
- Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
- Contoh : Apabila akason berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi pelaput itu amat lah berbeza , iaitu selaput itu terkutub
Laras Bahasa Media Massa
- Laras media massa tidak memetingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung
- Tiada istilah teknikal dan khusus
- Tafsiran, misalnya Kedah Juara Tiga Piala 2007
Laras Bahasa Rencana
- Bersifat umum
- Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu
- Gaya bahasa mudah difahami
- Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci
Laras Bahasa Undang-undang
- Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris
-Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
- Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan
- Tiada graf atau gambar
Laras Bahasa Agama
- Membincangkan isu agama
- Ada istilah pinjaman
- Terdapat petikan
- Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran
Laras Bahasa Sukan
- Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
- Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas
- Ada istilah aktiviti sukan
- Kosa kata mudah difahami
Laras Bahasa Sastera
- Terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman
- Ada istilah khusus tentang sastera
- Bersifat figuratif (penyimpanan makna daripada bahasa biasa)
- Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat
Laras Bahasa Ekonomi
- Berbentuk ilmiah tentang isu skonomi
- Ada istilah teknikal ekonomi
- Gaya bahasa formal
- Maklumat jelas dan eksplisit
- Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
Laras Bahasa Akademik
- Bersifat ilmiah, formal dan objektif
- Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
- Mengutamakan pemaparan , perbincangan dan penghuraian
- Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks
Kepentingan Laras Bahasa
a) Laras bahasa amat penting.
b) Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju- mundurnya.
c) Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.
d) Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran-Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.
Comments
Post a Comment