Bab 11 : Bentuk Ayat dan Susunan Ayat Apabila berbincang tentang ayat, kita juga membicarakan aspek susunannya. Susunan ayat merujuk proses perubahan struktur binaan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat . Dari segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang . Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek didahului frasa predikat . Subjek + Predikat 1. Ali + guru sementara di sekolah itu. 2. Adik bongsuku + sedang tidur di serambi rumah. 3. Pegawai kanan pejabat itu + amat rajin dan cekap pula. 4. Rumah kediamannya + di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan. Dalam contoh ayat 1-4 di atas, misalnya, walaupun ayat tersebut merupakan ayat terbitan yang bentuknya agak panjang atau kompleks, namun dari segi susunannya, ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya apabila susunan frasa subjek mendahului fras...
Comments
Post a Comment