Bab 10 : Ragam Ayat
- Serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa maksud seseatu.
Ayat aktif
a) Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul ayau unsur yang diterangkan.
Ayat Pasif
a) Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengandungi objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat Pasif
- Maksudbagi ayatpasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul/ unsur yang diterangkan.
- Maksud lainnya, ayat ini lebih menekankan objek dan perbuatannya berbanding ayat aktif yang menekankan si pelaku atau subjek asal.
- Dalam ayat pasif ini, ia terbahagi kepada tiga pembahagian :
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
c) Ayat pasif dengan perkataan 'kena' yang hadir sebelum kata kerja.
Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
i) Ayat pasif boleh terbentuk dengan kata kata kerja yang berimbuhan ber- dan ke- -an
contoh : 1- Baju saya telah berlipat
2- Surat anaknyabelum berjawab.
ii) Ayat pasif jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-
contoh : 1- Buku itu belum dibaca oleh Izan.
2- Makanan itu dimasak okeh emak sebentar tadi.
iii) Ayat pasif dengan kata kerja pasif berimbuhan apitan ke- an + pelengkap
contoh : 1) Lelaki itu ketinggalan bas.
Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kata Ganti Nama Diri Kedua Dan Ketiga
- Dalam ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua ini adalah dengan menggunakan kata ganti nama diri seperti saya, aku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diijuti secara langsung oleh kata kerja dasar.
- Hal ini kerana, kata ganti diri namapertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan psif di-.
- Kata ganti nama diri pertama dan kedua ini hadir di hadapan kata kerja dasar boleh membentuk kata penuh ataupun kata ringkas
contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama ialah :
1) Bunga itu akan ku petik
contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua ialah :
1) Surat itu mesti awak serahkan.
- Dalam ayat pasif ganti nama diri ketiga adalah ayat yang kata kerjanya berawalandi- diikuti kata sendi oleh bersama.
- Kata ganti diri keiga adalah seperti ia, dia, beliau, baginda dan sebagainya.
contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga ialah:
1) Bangunan dicat okeh mereka.
Ayat Pasif Dengan Perkataan "kena" Yang Hadir Sebelum Kata Kerja
- Ayat pasif jenisini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
- Binaan oleh+frasa nama dalam ayat sedemikian juga boleh secara pilihan atayu digugurkan.
- Ayat Pasif yang menggunakan kata kena ini juga adalah sebagai ganti untuk awalan "di" yang lebih banyak digunakan oleh seseorang dalam pertuturannya.
Comments
Post a Comment