Bab 1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU
Teori Yunan
Teori Yunan
Teori Yunan adalah satu teori yang popular . Teori ini dinamakan sebagai teori Affinites Gendang Dongsong yang dicipta oleh H.Kern dan R.H Geldern . Orang Melayu dikatakan datang ke Kepulaun Melayu melalui 3 gelombang utama . Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrick Ken ( BELANDA) dan Robert Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno .
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austonesia , iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara . Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun sebelum Masihi
Kira-kira tahun 1500 sebelum Masihi , telah datang gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro . Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara . Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun , Mehmeri , Jahut , Temuan , Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pendalaman . Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yand ada pada masa kini .
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahsa Austonesia , manakala bahasa-bahasa Austonesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris . Selain daripada itu , terdapat juga rumpun bahsa Austro-Asia dan rumpun bahsa Tibet-Cina . Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahsa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno , Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden .
BAHASA MELAYU KUNO
1) Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera . Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya . Pada ketika itu , BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahsa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu juga tiak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa .
2) Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu , bahasa Melayu banyak depengaruhi oleh sistem bahaa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu . Bahasa Sanskrit dinggap sebagai bahsa sarjan dan digunakan oleh bangsawan . Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan .
3) Bukti pengunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pelawa iaitu ;
3) Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahsa Melayu kuno kerana abad ke-14 muncul kusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan
BAHASA MELAYU KLASIK
1. Abad ke-13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulaun Melayu dengan berkembang agama Islam ke rantau ini . Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini , terutamanya bangsa dan bahsa Melayu . Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab . Kegemilangannya bahsa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau
2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka . Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini . Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi " lingua franca" para pedagang . Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebarab agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu . Bahasa Melayu telah dapat membentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi . Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengunkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam . Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam " Sejarah Melayu" oleh Tun Seri Lanang , sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya .
3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu . Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kusasteraan Melayu . Beberapa contoh usaha mereka ialah :
a) Pigafetta , seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellen , telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di pulau Tidore pada tahun 1521 . Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahsasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yan tertua . Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar .
b) Jan Hugen Van Linschotten , seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pengawai kepada pemerintah portugis . Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur
c) Pada awal abad ke-18 , Franlos Valentijn , seorang pendeta dan ahli menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu , telah menggambarkan kepetingan Bahasa Melayu seperti berikut :
"Bahasa mereka , Bahasa Melayu , bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut , tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur , sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang"
4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu . Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris , James Lanchester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris , King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein , London)
5. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan . Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera . Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu . Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri ("Bustanul Salatin")
b. Shamsuddin Al-Sumaterani ("Mirat Al-Mukmin")
c. Abdul Rauf Singkel ("Mirat Al-Tullab")
d. Hamzah Fansuri ("Syair Perahu")
7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab "Hikayat Al-Salakin" . Selain daripada Acheh dan Palembang , beberpa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain . Di Brunei , Pengirang Syahbandar Muhammad Salleh (Pengirang Indera Muda) telah menghasilkan "Sabil Al-Muhtadin" . Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan "Matla'al Badrain dan Furu'Al-Masail".
Ciri-Ciri bahasa Melayu Klasik
1. Ayatnya panjang , berulang berbelit-berbelit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif .
2. Menggunakan bahasa istana : contoh tuanku , baginda , bersiram dan mangkat .
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam ,eden kesmaran (mabuk asrama) ,
sahaya , masyghul (bersedih).
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula , alkisah hatta , adapum .
5. Banyak menggunakan ayat songsang : pendepanan predikat
6. Banyak mengguakan partikel "pun' dan "lah'
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
1) Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpan dengan bentuk bahasa Melayu klasik . Sebelum penjajahan British , bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi , berfungsi sebagai bahasa perantaraan , pentadbiran , kesusasteraan , dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam .

- Batu bersurat di Kedukan Bukit , Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Tahap Ruwo , dekat Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kampur , Pulau Bangka (686 M)
- Batu bersurat di Karang Brahi , Meringin , daerah Hulu Jambi (685 M)
CIRI CIRI BAHASA MELAYU KUNO
Istilah " Melayu" timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi . Tulisan ini menyebut mengenai orang "MO-LO-YUE" yang mengirimkan uusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja China . Terletaknya kerajaan "MO-LO-YUE" ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mecatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan Jambi , Sumatera .
Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas , batu bersurat di Gandasuli , Jawa Tengah (832M) ditulis dalam huruf Nagiri . Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaiu :
- Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit .
- Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (contoh : bulan-wulan)
- Tidak wujud bunyi e pepet (contoh dengan-dngan atau dangan)
- Awalan ber-ialah mar-dalam Melayu kuno (conoh:berlepas-marlapas)
- Awalan di-ialah-ri-dalam bahasa Melayu-kuno (contoh: diperbuat -niparwuat)
- Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh , th , ph , dh , kh , h (contoh : sukhashita)
- Huruf h hilang dalam bahasa moden (contoh : semua -samuha , saya : sahaya)
PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK
1) Pengaruh agama islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu . Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata , struktur ayat dan sistem tulisan .
2) Terdapat tiga batu bersurat yang penting :
- Batu bersurat di Pagar Ruyung , Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan bebrapa baris sejak Sanskrit . Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersursat abad ke-17 .
- Batu bersurat di Minye Tujuh , Acheh (1380)masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi , Allah dan rahmat
- Batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu
3) Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahsa Melayu kuno kerana abad ke-14 muncul kusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan
BAHASA MELAYU KLASIK
1. Abad ke-13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulaun Melayu dengan berkembang agama Islam ke rantau ini . Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini , terutamanya bangsa dan bahsa Melayu . Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab . Kegemilangannya bahsa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau
2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka . Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini . Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi " lingua franca" para pedagang . Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebarab agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu . Bahasa Melayu telah dapat membentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi . Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengunkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam . Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam " Sejarah Melayu" oleh Tun Seri Lanang , sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya .
3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu . Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kusasteraan Melayu . Beberapa contoh usaha mereka ialah :
a) Pigafetta , seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellen , telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di pulau Tidore pada tahun 1521 . Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahsasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yan tertua . Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar .
b) Jan Hugen Van Linschotten , seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pengawai kepada pemerintah portugis . Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur
c) Pada awal abad ke-18 , Franlos Valentijn , seorang pendeta dan ahli menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu , telah menggambarkan kepetingan Bahasa Melayu seperti berikut :
"Bahasa mereka , Bahasa Melayu , bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut , tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur , sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang"
4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu . Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris , James Lanchester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris , King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein , London)
5. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan . Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera . Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu . Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri ("Bustanul Salatin")
b. Shamsuddin Al-Sumaterani ("Mirat Al-Mukmin")
c. Abdul Rauf Singkel ("Mirat Al-Tullab")
d. Hamzah Fansuri ("Syair Perahu")
7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab "Hikayat Al-Salakin" . Selain daripada Acheh dan Palembang , beberpa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain . Di Brunei , Pengirang Syahbandar Muhammad Salleh (Pengirang Indera Muda) telah menghasilkan "Sabil Al-Muhtadin" . Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan "Matla'al Badrain dan Furu'Al-Masail".
Ciri-Ciri bahasa Melayu Klasik
1. Ayatnya panjang , berulang berbelit-berbelit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif .
2. Menggunakan bahasa istana : contoh tuanku , baginda , bersiram dan mangkat .
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam ,eden kesmaran (mabuk asrama) ,
sahaya , masyghul (bersedih).
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula , alkisah hatta , adapum .
5. Banyak menggunakan ayat songsang : pendepanan predikat
6. Banyak mengguakan partikel "pun' dan "lah'
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
1) Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpan dengan bentuk bahasa Melayu klasik . Sebelum penjajahan British , bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi , berfungsi sebagai bahasa perantaraan , pentadbiran , kesusasteraan , dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam .
2) Selepas Perang Dunia Kedua , British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
3) Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan , Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa , "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa , "Bahasa Kebangsaan negara ni adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen".
4) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan pesekutuan , negeri , tempatan dan badan berkanun)
5) Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendididkan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.
Comments
Post a Comment