Bab 1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU Teori Yunan Teori Yunan adalah satu teori yang popular . Teori ini dinamakan sebagai teori Affinites Gendang Dongsong yang dicipta oleh H.Kern dan R.H Geldern . Orang Melayu dikatakan datang ke Kepulaun Melayu melalui 3 gelombang utama . Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrick Ken ( BELANDA) dan Robert Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno . Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austonesia , iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara . Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 t...